09 October 2009

Langkah-Langkah Untuk Pertukaran Hakmilik Tanah

Oleh sebab aku kerja di Pejabat Tanah, ada baiknya aku input secara ringkas step-step pindahmilik tanah. Ramai jugak yang tak tau prosedurnya. Aku cari dalam web pejabat tanah pun tak de. So berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Di Unit Pendaftaran Tanah

a) Dapatkan borang '14A'. Isi nama pemberi dan nama penerima pindahmilik. Borang diberi              percuma.

b) Borang 14A mestilah ditandatangani oleh Penolong Pegawai Daerah atau yang lebih tinggi              pangkatnya. Penghulu tak boleh. Pemberi dan penerima pindahmilik kena hadir.

c) Pergi ke Unit Duti Setem di Pejabat Tanah (jika ada) atau di LHDN.

2. Di Unit Duti Setem (untuk dihantar ke Jabatan Penilaian Hartanah)

a) Dapatkan borang PDS 15 atau nama lainnya borang seksyen 5. Isi sampai penuh. Pemberi dan      penerima pindahmilik kena tandatangan di borang ini.

b) Buat 5 salinan borang PDS 15 dan masing-masing 1 salinan borang 14A (dah disain), geran,            pelan tanah, kad pengenalan pemberi dan penerima pindahmilik, perjanjian jual beli(jika ada),      surat beranak (jika kasih sayang antara bapa kpd anak/ibu kpd anak) dan surat nikah(jika            kasih sayang antara suami isteri).

c) Hantar semua dokumen di atas ke Unit Duti Setem untuk dihantar ke Jabatan Penilaian               Hartanah bagi menilai hartanah yang  dipindahmilik itu.

d) Proses penilaian ini dibuat untuk mendapatkan nilai duti setem yang akan dibayar oleh                  penerima pindahmilik. Ia memakan masa sehingga 3 minggu.

Demikian lah secara ringkas langkah-langkah pindahmilik tanah. Sekian...

No comments:

Post a Comment